Friday, June 17, 2011

lelaki curang...kenapa ye??? salah siapa??

Pernahkah u all terfikir, mengapa lelaki berlaku curang?… Adakah mungkin kerana wanita lain lebih lawa lagi?


Ramai wanita menjawab, “Nama pn lelaki…memanglah curang!…tak boleh percaya!” Namun yang nyata jawapan itu tidak akan membuatkan wanita merasa tenang pun. Menyakitkan hati lagi ada. In general, it’s down to individual, actually.



Pada pendapat ani, lelaki tidak mempunyai sebarang sebab mengapa mereka berlaku curang. Mereka tidak mempunyai alasan kukuh, malah jika ditanya dengan lelaki itu sendiri, semua jawapan yang diberi seolah-olah mereka sendiri juga tidak tahu apakah sebab utama sebenarnya.
“Tapi mungkin kerana, pasangannya dah gemuk, tidak seperti di awal perhubungan? ”


If ever ani yang berlaku curang, maybe ani sendiri tidak tahu menjawabnya. u know, kadang-kadang tu ani sendiri terasa nak tergelak mendengar alasan-alasan yang diberi apabila lelaki-lelaki ini tertangkap berlaku curang. Pernah dengar alasan, “I rasa tersisih semenjak kita ada baby…you lebih pentingkan baby dari I…itu yang I cari ’Baby’ lain!”



YES, memang dia orang tahu apa yang dia orang nak…tetapi untuk memberi sebab utama, mulailah terkial-kial dengan berbagai alasan yang tak masuk diakal pun sempat direka ciptanya :-



Kata lelaki, Masa awal-awal dan masih cinta…


“Kalau you busy macamana pun…tak apa, I tunggu.”
“You tak pandai masak pun tak apa, kita boleh makan luar je”
“I akan tetap cintakan you walaupun fizikal you berubah.”
“I suka you sexy, menaikkan semangat I tau”
“I’m a good listener, you can talk about anything to me.”


Kata lelaki, setelah tertangkap berlaku curang…

“You selalu busy…I kesunyian so I cari lain lah.

“You tak pernah nak masak kat I, so ‘makan’ luar lah”

“You dah gemuk…I nak yang slim-slim.”
“Pakaian you terbukak camana pun…semangat I dah hilang kat you.”
“You cakap banyak sangat…bingit telinga I, BOSAN!!”


Aiih…cepat bebenor berubahnya ya…Hehehe…terkena kaum lelaki minggu ni. Tapi relax arrr…bukan ani nak menyalahkan sesiapa cuma ani sendiri curious and wondering, why do men cheat on women?!


Tidak ingatkah janji u all pada yang tersayang dulu-dulu? Mengapa mesti lelaki curang dan sampai hati pulak melukakan wanita?…Ini Dialog antara 1000 kisah trutamanye lelaki y kawin :

“Encik Tam, best ke ada dua isteri ni?”
 “Dalam 10, sedapnya hanya 1…tak sedapnya ada 9!”Jawab Encik Tam

“Habis tu, buat apa Encik Tam kahwin lagi satu kalau macam gitu rupanya?” 

“Masa tengah gatal dulu, tak tahu…jadi saya kahwin lagi satu, tapi setelah setahun kahwin, dah ada anak…rupa-rupanya sama aje. Balik-balik jadi macam bini yang pertama jugak!…Sekarang, mulailah nak menggatal cari yang ketiga!” katanya.

”Ai, Encik Tam…biar betul!”
“Hehehe…gurau aje..tak larat dah aku pun.”



Jadi, kesimpulannya hari ini, basically…



u berlaku curang hari ini, sedapnya hanya seketika. Hakikatnya, apabila u bersama yang pada pandangan u lawa, cantik dan masih sexy itu…apabila sudah beberapa lama…u akan JEMU jugak akhirnya.



I guess that’s the answer!!…LELAKI CURANG KERANA MEREKA CEPAT JEMU & BOSAN with the same girl all the time. Bila dah jemu, mulailah mencari yang lain. Yang mana sebenarnya, after a while…yang lain itu adalah wanita yang sama sahaja. Kesian orang pompuan! huhuuhu



Nasihat ani kepada kaum lelaki ( dengar baik-baik ye) :



"Carilah wanita yang benar-benar ko suka. Sukakan segala-gala tentangnya. Suka cara bercakapnya, suka lenggoknya, suka personiliti…suka semualah. Kemudian bayangkan yang ko akan grow old together…kalau boleh nampak bahagia…then aku pasti cinta akan hadir dengan sendiri, mengikat hati anda berdua."



Nasihat ani kepada kaum wanita pulak  :


"Pandai-pandailah mengubah scenery kehidupan kowg berdua agar pasangan kowg tidak mudah jemu. Tukar-tukarkan cara berpakaian, style rambut, ubah cara sentuhan dan panggilan! Pelbagaikan pulak perkara yang dilakukan, tempat yang dikunjungi, persoalan yang diperbualkan. Kalau biasa duduk belah kiri, duduk belah kanan pulak. kalau biasa di bawah, kenalah di atas pula. Kalau semua dah biasa…fikirkan sesuatu agar everything menjadi luarbiasa. Barulah happening dan teruja pasangan anda tuuu…"

ini sahaja pesan anikepada lelaki & pompuan...termasukla diri ani sndri..hehhe...(n_n)


p/s ; sila2 la komen yer....(n_n)

No comments:

Post a Comment