Monday, March 28, 2011

Mengahwini Wanita Hamil??? bole ke???




Sesungguhnya, permasalahan ini berat. Perhatikan soalan 1 - 5. Perkahwinan
seumpama ini hari ini memang tersangat biasa kerana keluarga biasanya memilih jalan ini untuk menutup malu. Bila dapat tahu anak pregnant luar
nikah, cepat cepat kahwinkan. Berdasarkan kenyataan ini, nikah itu TIDAK SAH, maka pasangan itu kelak hidup dalam zina sampai bila-bila... .

Persoalan ini telah diajukan kepada seorang Imam, di mana banyak persoalan
lain timbul dari persoalan pokok tersebut. Saya kongsikan bersama anda di sini kerana ianya amat penting:

Soalan 1 :    Apakah langkah yang sewajarnya sekiranya seorang gadis belum
             berkahwin didapati hamil anak luar nikah?
Jawapan 1 : Gadis itu tidak boleh berkahwin sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 2 :    Sekiranya lelaki yang bertanggungjawab itu bersedia mengahwini
             gadis itu, bolehkah mereka bernikah?
Jawapan 2 : Tidak. Mereka tidak boleh bernikah sehingga bayi itu dilahirkan.

Soalan 3 :    Adakah pernikahan itu sah sekiranya mereka berkawin?
Jawapan 3 : Tidak. Pernikahan itu TIDAK SAH. Seorang lelaki tidak boleh
             mengahwini seorang wanita hamil, walaupun lelaki itu merupakan
             ayah kepada bayi yang dikandung itu.

Soalan 4 :     Sekiranya mereka bernikah, apakah tindakan mereka untuk
              memperbetulkan keadaan?
Jawapan 4 :  Mereka mesti berpisah. Perempuan itu mestilah menunggu
              sehingga melahirkan, atau sehingga sah dia tidak mengandung,
              barulah mereka boleh bernikah sekali lagi, secara sah.

Soalan 5 :     Bagaimana sekiranya keadaan itu tidak diperbetulkan?
Jawapan 5 :  Maka mereka akan hidup di dalam zina kerana pernikahan itu
              tidak sah.

Soalan 6 :    Apakah hak seorang anak luar nikah?
Jawapan 6 : Kebanyakan pendapat mengatakan bahawa anak itu TIADA HAK
             untuk menuntut apa-apa daripada ayahnya.

Soalan 7 :     Sekiranya hukum mengatakan lelaki itu bukan ayah kepada anak
              tersebut, adakah itu bermakna dia bukan mahram kepada anak
              perempuannya sendiri?
Jawapan 7 :  Ya. Dia tidak boleh menjadi mahram.

Soalan 8 :     Sekiranya seorang lelaki Muslim dan seorang wanita Muslim (atau
              bukan Muslim) ingin bernikah setelah bersekedudukan, apakah  
              tindakan yang sewajarnya?
Jawapan 8 :  Mereka mesti tinggal berasingan segera dan menunggu sehingga
              perempuan itu haid satu kali sebelum mereka boleh bernikah.

Soalan 9 :     Sekiranya saya kenal/tahu seseorang di dalam keadaan ini, apakah
              saya perlu memberitahu kepadanya, atau lebih baik menjaga tepi
              kain sendiri?
Jawapan 9 : Anda wajib memberitahu, kerana itu sebahagian tanggungjawab
              anda sebagai saudaranya. Mereka harus diberi peluang untuk
              memperbetulkan keadaan mereka, kalau tidak semua keturunan  
              yang lahir dari pernikahan tidak sah itu adalah anak-anak yang   

              tidak sah taraf.




p/s : zaman skunk tgk y hamil pn kawen gk cmnela tukn..?? y peliknyer xkanla tok kadi x taw hukum bhwa pompuan hamil x le dikawini...ermmm...nie y dikatekan umat akhir zaman...nauzubillah...

1 comment:

  1. buat la entry khas ttg u pnye ptunangan. last entry ade i tbaca. hehe...

    ReplyDelete